JEJAK CINTA BERSAMA ALQURAN

Kempen yang dilaksanakan bagi menyuburkan perasaan cinta kepada Al-Quran kepada pelajar- pelajar sekolah diseluruh Malaysia. Ianya dilaksanakan atas dasar kepentingan mencintai Alquran yang makin hari semakin pudar dan semakin hilang. Penjelasan terhadap Al-Quran ini disampaikan dengan santai agar pelajar-pelajar lebih mudah untuk memahaminya.

Di kempen ini, kesedaran terhadap pembelajaran Al-Quran turut diberikan bagi menaikkan semangat cinta kepada Al-Quran. Al-quran adalah petunjuk kepada manusia untuk melaksanakan syariat Islam.

Kempen ini juga akan diperluaskan ke beberapa sekolah lain juga untuk meningkatkan semangat cinta akan Al-Quran ini.

Selain itu, aktiviti didalam group membantu pelajar untuk lebih berfokus untuk menghadam input sharing yang telah disampaikan oleh ustaz.
