MISI BAIK PULIH SURAU ROSAK AKIBAT BANJIR
Apalah nasib Masjid & surau-surau yang rosak dibadai banjir jika tiada siapa yang sudi untuk membantu memperbaiki kerosakkannya.
Sedih apabila mengetahui keadaan surau-surau yang diselaputi selut & lumpur yang tebal. Penduduk & kariah masjid berusaha untuk membersihkan surau kesayangan mereka namun banyak harta benda, peralatan & perabot di surau & masjid yang rosak & hancur.
Sedih apabila nashkah-nashkah Quran turut menerima tempias & ada yang antaranya yang rosak
*Banyak nashkah Quran yang menjadi lusuh akibat terkena air bah
Misi Baik Pulih Surau & Masjid akan dijalankan
Prihatin & sedih melihat keadaan masjid & surau yang dilanda banjir ini, Tarbiah Sentap berusaha mengumpul dana bagi bantu membaik pulih kerosakkan yang berlaku.
Kami jangkakan 5 buah surau untuk menerima manfaat daripada bantuan ini iaitu
Surau-surau itu akan meliputi kawasan
▶️ Bukit Changgang di Sepang & Sri Muda
▶️ Padang Jawa, & Bukit Lanchong, Shah Alam
Antara yang kebajikan yang akan kami lakukan adalah:
✅ Membaik pulih & membangunkan semula infrastruktur surau agar dapat digunakan semula
✅ Menggantikan & memperbaiki barang-barang yang rosak & musnah
✅ Menghidupkan semula surau dalam kadar segera agar penduduk dapat melakukan aktiviti ibadah & program keagamaan.
BERHAJAT UNTUK MEMBANTU MEREKA?
Bagi merealisasikan bantuan kebajikan ini, kami perlukan bantuan anda, kerana nilai kerosakkan & peralatan yang perlu diperbaiki mencecah ribuan malah anggaran mencecah ratusan ribu Ringgit bagi kesemua kawasan yang kami bantu
Tiada amal yang lebih baik selain daripada kita membantu memulihkan rumah ibadah bagi membolehkan saudara Muslim kita mendekatkan diri kepada Allah & mendirikan tanggungjawab kepada-Nya.
InshaAllah sedekah yang anda lakukan walaupun sekecil-kecil nilai namun iainya cukup besar di sisi Allah.
Alhamdulillah sumbangan tuan/puan membolehkan kami membantu membaikpulih & menggantikan peralatan beberapa surau. InshaAllah dengan sumbangan tuan/puan lebih banyak surau yang akan dapat kita bantu
“Siapa yang memberi pinjam kepada Allah dengan pinjaman yang baik, pasti Allah berikan ganjaran kepadanya dengan gandaan yang banyak."
(Al Baqarah, ayat 245)
(Al-Baqarah, ayat 245)