"SATU MALAM ADA SAMPAI TAK DAPAT MAKAN, ANAK-ANAK MENANGIS.."
"SAYA SANGAT BERTERIMA KASIH, SANGAT BERSYUKUR KERANA SUDI BANTU KAMI.."
Kak Siti Rasam sekeluarga berpendapatan susah, mereka mencari rezeki buat menyara keluarga dengan kerja suaminya sebagai seorang nelayan. Sejak bot mereka pecah, sudah lama mereka tidak dapat turun ke laut.
Syukur ada anak perempuannya seorang yang bekerja di bandar mampu sedikit sebanyak bantu dengan keadaan mereka di sini.
HAMPIR 500 BUAH RUMAH TERANCAM AKIBAT AIR PASANG DI SANDAKAN
Fenomena hujan lebat yang berterusan serta air pasang sebelum ini di sekitar kawasan Sandakan telah menjejaskan masyarakat setempat. Hampir 500 buah rumah telah terjejas dan 100 buah rumah telah runtuh, dan masalah mereka masih tidak selesai.
Siapa nak datang bantu membersihkan dan membina semula rumah mereka? Siapa juga yang dapat mengisi perut mereka yang kelaparan? Pelbagai soalan timbul di benak mangsa-mangsa banjir ini.
PERCAYA TAK? SUMBANGAN KITA AKAN DIGANTI OLEH ALLAH SWT
Dalam Al-Quran, Allah mengingatkan bahawa setiap apa yang kita sumbangan dalam membantu manusia, Allah akan gantikannya.
Firman Allah SWT:
“Sungguh, Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya.” Dan apa saja yang kamu infakkan, Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik. [QS Saba, 39]
Oleh itu, Kami ingin mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk sama-sama membantu dan menyokong dalam perjuangan membangunkan TABUNG INFAQ TERBAIKKU untuk sama-sama membantu membangunkan syariah hidup Islam.
Nombor pelepasan cukai*:
LHDN.01/35/42/51/179-6.6396
*Untuk rujukan sahaja, untuk maklumat lanjut sila hubungi pihak Admin KDT: Cik Rabiatul +601156751448