
BANTU ANAK YATIM UNTUK TERUS HIDUP
Terkini, keadaan ekonomi telah mendesak rakyat Malaysia untuk berjimat cermat dengan kos sara hidup yang semakin tinggi. Harga barangan asas seperti ayam dan telur terus meningkat. Namun kita masih lagi mampu berbelanja, untuk makanan harian.
Golongan seperti Anak-anak yatim, fakir miskin, Asnaf pula dalam kesusahan dan mungkin dalam keadaan kelaparan. Untuk teruskan kehidupan pun semakin sukar, dengan sewa rumah lagi, kerja yang tidak menentu, membuatkan mereka berada bawah paras kemiskinan.
SANGGUPKAH KITA MEMBIARKAN MEREKA DALAM KEADAAN
"KIAS PAGI MAKAN PAGI, KIAS PETANG MAKAN PETANG"? atau "TIDAK MAKAN LANSUNG?"
Rasulullah SAW Bersabda:
“Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin hingga membuatnya kenyang dari rasa lapar, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain.”
(Hadis Riwayat At-Thabrani)
Penerima sumbangan terdiri daripada:
✅Keluarga fakir miskin
✅Pusat perlindungan anak yatim dan orang tua
PERCAYA TAK? SUMBANGAN KITA AKAN DIGANTI OLEH ALLAH SWT
Dalam Al-Quran, Allah mengingatkan bahawa setiap apa yang kita sumbangan dalam membantu manusia, Allah akan gantikannya.
Firman Allah SWT:
“Sungguh, Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya.” Dan apa saja yang kamu infakkan, Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik. [QS Saba, 39]