
Setiap jam,
ratusan penduduk akan menjadi mangsa banjir di pantai timur. Pada 27 februari,
jumlah mangsa banjir di Kelantan & Terengganu telah meningkat kepada 11,740
berbanding 5,062 pada hari sebelumnya. Itu adalah peningkatan sebanyak 6,678
mangsa dalam masa sehari.
Kredit :gambar daripada Berita Harian
Di sesetengah tempat, ramai penduduk terpaksa berlari ke kawasan tinggi kerana rumah mereka telah ditenggelami air bah. Sudah ramai yang telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Banjir ini dijangka akan semakin memburuk
➡️ Banyak harta benda seperti perabot, peralatan dapur, sofa & televisyen akan musnah.
➡️ Para petani akan mengalami kerosakkan tanaman yang mereka usahakan sepanjang tahun.
➡️ Para peniaga akan mengalami kerugian akibat barang rosak
Komuniti Tarbiah Sentap berhasrat untuk bersama-sama turun padang untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir
Bantuan yang akan disampaikan berbentuk:
✅Pek makanan asas
✅ Kit Kebersihan
✅Baik pulih rumah, surau & masjid
Kami sangat mengalu-alukan bantuan dan sumbangan para sahabat agar kita bersama-sama membantu meringankan beban mereka. Sabda baginda:
مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ، يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
Barang siapa melepaskan satu kesusahan dunia dari seorang mukmin, Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan di hari kiamat. Barangsiapa memudahkan orang yang kesulitan, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat.
Kredit: gambar daripada Bernama
Semoga dengan asbab keprihatinan, sifat pemurah serta sumbangan ikhlas kita membantu mereka, Allah melepaskan kesusahan ktia di dunia dan di akhirat.
وَاَللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ
"..dan Allah selalu menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya."