
ALLAHU AKBAR, SEDIH!
Kes anak luar nikah dianggarkan 51,000 hingga 56,000 kes setahun!
-Jabatan Pendaftaran Negara
Aqidah remaja dalam bahaya akibat terpengaruh dengan fahaman agnostik dan liberalisme
-Harian Metro & Bernama
Pelbagai dugaan dan fitnah melanda remaja dan pemuda di negara ini, tapi sedarkah kita?
Demi Allah..
Sangat sedih! Kes cerai antara suami gay meningkat. Ramai yang berkahwin hanya untuk menutup kegiatan songsang mereka. Kes anak luar nikah dianggarkan 51,000 hingga 56,000 kes setahun. Kes rogol purata sekitar 3000 kes setahun dan semakin meningkat setiap tahun. Gejala murtad juga makin bertambah. Makin ramai anak muda menjadi atheist di media sosial. Pemikiran liberalisme, hiburan melampau dan kejahilan agama makin membarah khususnya kepada generasi muda. Apa akan jadi pada generasi masa hadapan nanti?
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu.”Sahabat bertanya: “Apakah penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu itu?” Nabi SAW menjawab: Penyakit-penyakit itu ialah : Terlalu banyak bersukaria, terlalu mewah, mengumpulkan harta sebanyak mungkin, penipuan dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi dan dengki-mendengki, sehingga menzalimi antara satu sama lain.
[HR Hakim]
Kita sedar bahawa akibat ledakan media sosial dan hiburan melampau, remaja dan pemuda pada zaman ini melalui pelbagai cabaran dari sudut sosial dan aqidah yang belum pernah dilalui oleh generasi sebelumnya . Justeru satu usaha bersepadu perlu dilakukan agar kita mampu memberikan masa hadapan yang lebih baik kepada generasi seterusnya dan usaha ini boleh dimulakan oleh kita semua!
Atas dasar itu, kami dari Tarbiah Sentap melancarkan TABUNG DAKWAH SEJUTA UMMAH. Program Dakwah Sejuta Ummah merupakan inisiatif dakwah yang mensasarkan pembentukan sahsiah remaja dan pemuda muslim agar mampu mendepani pelbagai isu dan cabaran semasa terutamanya dari sudut sosial dan aqidah.
KEMANA SUMBANGAN ANDA AKAN DISALURKAN?
1)MAKTAB TARBIAH
Maktab Tarbiah merupakan pusat dakwah yang memfokuskan pembinaan jati diri kanak-kanak & remaja melalui program pemantapan kefaham Islam dan kesihatan mental. Di sini pelbagai program berkala seperti kelas fardhu ain, al-Quran dan pemantapan aqidah akan dijalankan. Program-program ini akan dijalankan bersama surau dan masjid di seluruh Malaysia. Alhamdulillah, sehingga kini hampir 20 buah surau dan masjid bersetuju untuk menajayakan program ini. Lebih istimewa, di sini terdapat sesi kaunseling percuma untuk kanak-kanak dan remaja bagi menangani isu kesihatan mental termasuklah isu ketagihan pornografi, buli, depresi dan sebagainya.
Gambaran Maktab Tarbiah yang akan sempurna kelak
Perkembangan terkni pembinaan Maktab Tarbiah
2) JELAJAH DAKWAH SEKOLAH
Kami mensasarkan ceramah dan program di 300 buah sekolah setahun. Program ini akan mengetengahkan isu-isu sosial, hiburan melampau, pemikiran sesat dan motivasi dalam menuntut ilmu.
Ceramah yang dilakukan di sekolah-sekolah untuk mendekati para remaja
3) HIBURAN ALTERNATIF ISLAMI
Kami mensasarkan menghasilkan pelbagai bentuk hiburan alternatif Islami kepada masyarakat sekurang-kurangnya 12 buah lagu dakwah setahun, dan web series serta beberapa buah filem pendek dakwah berkualiti tinggi setiap tahun. Bahan hiburan ini diharapkan memberikan pilihan alternatif terhadap hiburan yang melampau pada zaman sekarang sekaligus memberikan kefahaman Islam kepada masyarakat.
4) WEB DAN APLIKASI DAKWAH
Melalui inisiatif ini juga laman web dan aplikasi yang mengandungi pelbagai content dakwah serta tarbiah yang bakal menjadi rujukan segenap lapisan umur akan dihasilkan. Bahan dan content berkualiti akan melibatkan para asatizah dan tokoh nasional agar lebih interaktif dan menarik.
Ayuh sama-sama kita berganding bahu dalam dakwah ini, dengan sama-sama kita infaq dan sumbangkan duit kita ke dalam tabung Kempen Dakwah Sejuta Ummah.
Semoga generasi yang bertaqwa akan lahir asbab usaha kita bersama ini insyaAllah!