
Lebih kurang 47,000 orang terkorban akibat gempa bumi berukuran 7.8 magnitud berhampiran sempadan Turkiye-Syria.
Antara lain gempa juga berlaku pada jam 4.17 pagi, ketika orang ramai sedang tidur dan "terperangkap apabila rumah mereka runtuh"
Anggota penyelamat cuba mencari dan mengelurkan mangsa di sebalik runtuhan bangunan.
Lebih kurang 17,500 orang yang terkorban akibat gempa bumi berukuran 7.8 magnitud berhampiran sempadan Turkiye-Syria.
Pasukan penyelamat di
Turkiye
dan Syria dikatakan menggali kawasan runtuhan tanpa bantuan teknikal atau hanya dengan tangan kosong sepanjang malam tadi dalam usaha mencari mangsa yang terselamat daripada runtuhan bangunan akibat dua gempa bumi kuat semalam.
Malah, cuaca sejuk serta salji tebal dilihat menyukarkan lagi usaha mencari dan menyelamat.
Dilaporkan lebih daripada 5,600 bangunan ranap di beberapa bandar termasuk blok pangsapuri bertingkat yang dipenuhi penduduk yang sedang tidur ketika gempa bumi melanda.
“Kami fikir ia adalah kiamat. Itu adalah kali pertama kami mengalami perkara seperti itu,” kata Melisa Salman, seorang saksi yang juga wartawan berusia 23 tahun.Agensi bantuan Turkiye, Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) berkata, kini terdapat 14,000 kematian di negara itu sahaja menjadikan jumlah yang disahkan kepada 4,365 orang.
Di bandar Sanliurfa di tenggara Turkiye, pasukan penyelamat bekerja pada waktu malam untuk menarik mangsa yang terselamat dari serpihan bangunan tujuh tingkat yang sudah runtuh.
Menurut saksi yang juga pelajar Syria berusia 20 tahun, Omer El Cuneyd, dia memberitahu ada keluarga yang dikenali terperangkap di bawah runtuhan.
“Sehingga pukul 11:00 pagi atau tengah hari, kawan saya masih menjawab telefon. Tetapi, sekarang dia tidak lagi menjawab. Dia ada di bawah sana,” katanya.
Baru-baru ini, gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda wilayah sempadan Turkiye-Syria pada kedalaman hanya 2 kilometer, kata Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC).
Enam orang terbunuh dalam gempa bumi yang melanda wilayah sempadan Turki dan Syria, menurut CNN Turk hari ini, dua minggu selepas gempa yang lebih besar mengorbankan lebih 47,000 orang dan merosakkan atau memusnahkan ratusan ribu rumah.
Gempa pada jam 8.04 malam tadi (jam 1.04 pagi waktu Malaysia) ini turut diikuti beberapa gegaran susulan termasuk satu gempa bumi berukuran 5.8 magnitud.
Laporan berita menyatakan mangsa terpaksa tinggal di kediaman yang rosak kerana ketiadaan khemah yang mencukupi untuk mereka di luar.
Ramai daripada mereka berteduh di kem atau terdedah kepada suhu sejuk dan bergelut untuk mendapatkan makanan atau air bersih.
Dana sumbangan akan disalurkan melalui ngo kemanusiaan Turkiye dan Syria serta wakil Malaysia ke sana.
Firman Allah SWT:
“Sungguh, Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya.” Dan apa saja yang kamu infakkan, Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik. [QS Saba, 39]
Penama : PERTUBUHAN KOMUNITI DAKWAH DAN TARBIAH
No. Akaun : 568621037401