Ruang Berkongsi Rezeki Dengan Nelayan
Terkini, keadaan ekonomi telah mendesak rakyat Malaysia untuk berjimat cermat dengan kos sara hidup yang semakin tinggi. Harga barangan asas seperti ayam dan telur terus meningkat. Namun kita masih lagi mampu berbelanja, untuk makanan harian.
Ayuh, kita bersama membantu asnaf-asnaf di perkampungan nelayan dalam mendepani cabaran meneruskan kehidupan yang lebih baik.
SANGGUPKAH KITA MEMBIARKAN MEREKA DALAM KEADAAN
"KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG"? atau "TIDAK MAKAN LANGSUNG?"
Rasulullah SAW Bersabda:
“Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin hingga membuatnya kenyang dari rasa lapar, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain.”
(Hadis Riwayat At-Thabrani)
Dalam Al-Quran, Allah mengingatkan bahawa setiap apa yang kita sumbangkan dalam membantu manusia, Allah akan gantikannya.
Firman Allah SWT:
“Sungguh, Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya.” Dan apa saja yang kamu infakkan, Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik. [QS Saba, 39]
Penama : PERTUBUHAN KOMUNITI DAKWAH DAN TARBIAH
No. Akaun : 568621037401