
JOM BANTU DAKWAH SEJUTA UMMAH
Sedarkah kita,kes anak luar nikah di Malaysia dianggarkan 51,000 hingga 56,000 kes setahun. kes cerai angkara suami gay pun semakin meningkat, berkahwin hanya ingin menutup kegiatan songsang mereka. Aqidah remaja dalam bahaya akibat terpenaruh dengan fahaman agnostik dan liberalisme dan banyak lagi masalah yang dihadapi belia kita.
" Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatnya pemuda- pemudi pada hari ini"
Saidina Ali R.A
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu.”Sahabat bertanya: “Apakah penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu itu?” Nabi SAW menjawab: Penyakit-penyakit itu ialah : Terlalu banyak bersukaria, terlalu mewah, mengumpulkan harta sebanyak mungkin, penipuan dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi dan dengki-mendengki, sehingga menzalimi antara satu sama lain.
[HR Hakim]
Pemuda, belia dan remaja pada hari inilah yang akan memimpin Malaysia. Mahukah kita bumi ini dipimpin oleh pemimpin yang tidak berakhlakdan jauh dariagama. Jangan risau, masih belum terlambat untuk kita memulih dan menyelamatkan wabak ini. kalau bukan kita , siapa lagi yang ingin membantu dan mengubah.
Atas dasar itu, kami dari Tarbiah Sentap melancarkan TABUNG DAKWAH SEJUTA UMMAH. Program Dakwah Sejuta Ummah merupakan inisiatif dakwah yang mensasarkan pembentukan sahsiah remaja dan pemuda muslim agar mampu mendepani pelbagai isu dan cabaran semasa terutamanya dari sudut sosial dan aqidah.
KEMANA SUMBANGAN ANDA AKAN DISALURKAN?
1)PEMBINAAN MAKTAB TARBIAH
Maktab Tarbiah merupakan pusat dakwah yang memfokuskan pembinaan jati diri kanak-kanak & remaja melalui program pemantapan kefaham Islam dan kesihatan mental. Di sini pelbagai program berkala seperti kelas fardhu ain, al-Quran dan pemantapan aqidah akan dijalankan. Program-program ini akan dijalankan bersama surau dan masjid di seluruh Malaysia. Alhamdulillah, sehingga kini hampir 20 buah surau dan masjid bersetuju untuk menajayakan program ini. Lebih istimewa, di sini terdapat sesi kaunseling percuma untuk kanak-kanak dan remaja bagi menangani isu kesihatan mental termasuklah isu ketagihan pornografi, buli, depresi dan sebagainya.
Gambaran Maktab Tarbiah yang akan sempurna kelak
2) JELAJAH DAKWAH SEKOLAH
Kami mensasarkan ceramah dan program di 300 buah sekolah setahun. Program ini akan mengetengahkan isu-isu sosial, hiburan melampau, pemikiran sesat dan motivasi dalam menuntut ilmu.
Ceramah yang dijalankan di sekolah-sekolah untuk mendekati para remaja
3) HIBURAN ALTERNATIF ISLAMI
Kami mensasarkan menghasilkan pelbagai bentuk hiburan alternatif Islami kepada masyarakat sekurang-kurangnya 12 buah lagu dakwah setahun, dan web series serta beberapa buah filem pendek dakwah berkualiti tinggi setiap tahun. Bahan hiburan ini diharapkan memberikan pilihan alternatif terhadap hiburan yang melampau pada zaman sekarang sekaligus memberikan kefahaman Islam kepada masyarakat.
4) WEB DAN APLIKASI DAKWAH
Melalui inisiatif ini juga laman web dan aplikasi yang mengandungi pelbagai content dakwah serta tarbiah yang bakal menjadi rujukan segenap lapisan umur akan dihasilkan. Bahan dan content berkualiti akan melibatkan para asatizah dan tokoh nasional agar lebih interaktif dan menarik.
Ayuh sama-sama kita berganding bahu dalam dakwah ini, dengan sama-sama kita infaq dan sumbangkan duit kita ke dalam tabung Kempen Dakwah Sejuta Ummah.
Semoga generasi yang bertaqwa akan lahir asbab usaha kita bersama ini insyaAllah!