Fasa bulan Zulhijjah ini memberikan kita satu petanda bahawa Hari Raya Aidiladha sudah mahu menjelma. Jika menyebut tentang Hari Raya Korban, mesti semua tercari-cari cara untuk berkorban bukan??
Namun, jika ada yang mempunyai kewangan yang tidak cukup. Jangan risau kami menyediakan pakej disini iaitu
Korban atau Sedekah Daging
Bagi yang lupa atau belum mengetahui, perintah korban telah disyariatkan pada tahun kedua Hijrah bersamaan dengan perintah untuk mendirikan solat Aidil Adha dan membayar zakat.
Firman Allah SWT membawa maksud: “Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah.” (Surah al-Kautsar, ayat 2)
Menurut pendapat ahli agama, solat yang disebutkan adalah solat sunat Aidil Adha dan korban yang dimaksudkan adalah menyembelih haiwan korban.
Nabi SAW juga telah bersabda;
“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Aidil Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.”
(Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)
Ternyata ibadah korban adalah ibadah yang dituntut oleh orang yang berkemampuan untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan. Jadi Tunggu apa lagi wahai saudaraku??
JOM BERKORBAN & SEDEKAH DAGING bagi golongan yang memerlukan
KEMPEN KORBAN TERBAIKKU
Kempen ini adalah satu inisiatif yang kami lakukan untuk memudahkan urusan berkorban untuk Aidiladha ini. Ianya merupakan satu perkara yang sangat baik dan dipandang Allah.
Justeru kempen ini mempunyai tiga objektif iaitu
1. Membantu golongan yang memerlukan dan yang kurang berkemampuan seperti fakir miskin, miskin bandar, mualaf, anak-anak yatim dan ibu tunggal melalui pengagihan daging korban.
3. Berkongsi kebahagiaan dan kegembiraan Aidiladha bersama-sama dengan mereka yang memerlukan.
Ayuh kita ceriakan Hari Raya Aidiladha dengan berkorban atau sedekah daging untuk membantu mereka. Semoga usaha kecil ini menjadi saham dan pembuktian pengorbanan kita pada Allah dan seterusnya menjadikan Korban Terbaik kita! Amin.
Untuk Transaksi secara manual boleh rujuk maklumat akaun bank di bawah:
Akaun: Pertubuhan Komuniti Dakwah & Tarbiah
No. Akaun: 568621037401 (MAYBANK)