TAHUKAH ANDA RAMAI DIANTARA MEREKA YANG TIDAK BERNASIB UNTUK BELAJAR FARDHU AIN?

   

  

SEDIH BUKAN?

TAPI MASA DEPAN MEREKA LEBIH CERAH SELEPAS SERTAI MAKTAB TARBIAH


Adakah anda tahu??

Realiti yang sangat 
Membimbangkan 

Sedar atau tidak sedar, anak-anak muda zaman kini banyak terlibat dengan kes-kes jenayah , salah laku ,masalah-masalah sosial ,  dan pergaulan bebas , malahan akhlak mereka semakin merundum di samping akidah yang semakin pincang.
 
 
Andai keadaan sebegini dibiarkan berlarutan dan tidak ditangini dengan segera, maka dibimbangi sukar untuk kita mempunyai generasi yang sihat sejahtera iman dan akidahnya. Kini, tibalah waktunya kita berbuat sesuatu demi kebaikan anak-anak generasi akan datang.




Marilah kita lahirkan Generasi Harapan 

Justeru, Komuniti Tarbiah Sentap berhasrat besar untuk mengadakan projek bagi membina generasi harapan melalui Kelas Al-Quran dan Kelas Fardhu Ain ini. Ia adalah salah satu inisiatif dari Komuniti Tarbiah Sentap yang berperanan sebagai pusat dakwah sehenti yang memfokuskan perkembangan dan kefahaman Islam di kalangan remaja dan kanak-kanak.


MAKTAB TARBIAH memfokuskan program bersifat:

1. Kefahaman Islam
2. Pendidikan al-Quran dan Fardhu ain
3. Perkembangan dan pembentukan pribadi muslim.
4. Pusat Kaunseling remaja dan dewasa untuk isu kesihatan mental termasuklah ketagihan pornografi dan kecelaruan gender.


Gambaran Maktab Tarbiah yang akan dibina kelak 




Alangkah baiknya, jika generasi masa kini mempunyai ilmu pengetahuan tentang Islam, Al-Quran dan As-Sunnah. In shaa Allah, ilmu dan amalan yang mereka akan pelajari kelak dalam Kelas Al-Quran dan Kelas Fardhu Ain ini akan menjadi pembenteng diri mereka daripada terjerumus ke kancah gejala sosial. 

Allah S.W.T berfirman : 

اَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ اٰنَاۤءَ الَّيْلِ سَاجِدًا وَّقَاۤىِٕمًا يَّحْذَرُ الْاٰخِرَةَ وَيَرْجُوْا رَحْمَةَ رَبِّهٖۗ قُلْ هَلْ يَسْتَوِى الَّذِيْنَ يَعْلَمُوْنَ وَالَّذِيْنَ لَا يَعْلَمُوْنَ ۗ اِنَّمَا يَتَذَكَّرُ اُولُوا الْاَلْبَابِ 

Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui Dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
( Surah Az-Zumar, ayat 9 ) 



Oleh yang demikian, kami ingin mengajak sahabat-sahabat yang dikasihi Allah S.W.T untuk sama-sama kita berinfaq bagi menjayakan projek MAKTAB TARBIAH ini. Diharapkan usaha kecil kita ini dapat menyelamatkan banyak lagi golongan remaja dan kanak-kanak di luar sana daripada terus-terusan hanyut dengan masalah-masalah sosial yang berlaku. 


Allah S.W.T. berfirman:


الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ


Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.

( Surah Al-Baqarah, ayat 274 )









Ayuh selamatkan ummat kita dengan melahirkan generasi harapan yang faham agama mengamalkan Al-Quran dan As-Sunnah!

Nombor pelepasan cukai*: 

LHDN.01/35/42/51/179-6.6396


*Untuk rujukan sahaja, untuk maklumat lanjut sila hubungi pihak Admin KDT: Cik Rabiatul +601156751448





Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Infaq RM500
Infaq RM300
Infaq RM200
Infaq RM100
Infaq RM50
Infaq RM10
Seikhlas hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN