Misi Makeover Surau
Surau ini digunakan setiap hari, tetapi tiada dana untuk dibaik pulih. Kami mahu membantu 10 buah surau menjadi lebih bersih, kemas dan selesa untuk setiap jemaah yang datang bersujud.
Setiap sumbangan membantu kerja pembersihan, pembaikan, susun atur dan kelengkapan asas surau terpilih.
Ramai Singgah Untuk Solat, Tetapi Tiada Dana Tetap Untuk Menjaga Surau.
Banyak surau awam dan surau komuniti digunakan setiap hari, namun sebahagiannya berdepan masalah bau hapak, dinding kusam, pencahayaan lemah dan kelengkapan yang tidak mencukupi.
Dinding Kusam
Ruang yang kelihatan lama, plain dan kurang menyenangkan untuk jemaah.
Fasiliti Terhad
Pencahayaan, kipas dan kelengkapan asas yang belum memadai.
Kurang Dana
Surau digunakan ramai, tetapi tiada peruntukan tetap untuk baik pulih.
Kurang Selesa
Keadaan ruang boleh menjejaskan keselesaan dan pengalaman beribadah.
Kami Menyasar 3 Jenis Surau
Surau Trafik Tinggi
Surau di pusat beli-belah, stesen minyak dan lokasi awam yang digunakan ramai tetapi kurang dana.
Aktif Tetapi Plain
Surau yang digunakan secara aktif tetapi kelihatan kosong, kusam atau kurang tersusun.
Daif Namun Hidup
Surau komuniti atau kampung yang sederhana, namun jemaah dan aktivitinya masih hidup.
Antara Surau Yang Telah Kami Survey
Gambar ini menunjukkan keadaan sebenar lokasi yang memerlukan sentuhan semula dari sudut kebersihan, susun atur dan keselesaan jemaah.
Mulakan Dengan RM10
Semua sumbangan akan digabungkan untuk membantu kerja makeover, kelengkapan asas dan pembaikan surau terpilih.
Infaq Asas
Membantu dana umum baik pulih dan pembersihan.
Sahabat Surau
Membantu keperluan kelengkapan dan barangan asas jemaah.
Penyeri Surau
Menyumbang kepada cat, lampu, kipas atau susun atur.
Keselesaan Jemaah
Membantu komponen lebih besar seperti karpet atau fasiliti.
Pemulih Surau
Menampung sebahagian kos kerja utama makeover.
Penaja Sebuah Surau
Anggaran tajaan makeover sebuah surau secara keseluruhan.
Ringkas, Teratur dan Telus
Maklumat Penting
Adakah setiap surau memerlukan kos yang sama?
RM5,000 ialah anggaran asas. Kos sebenar bergantung pada keluasan, keadaan semasa dan keperluan lokasi.
Adakah semua surau yang dicadangkan akan dipilih?
Tidak semestinya. Pemilihan dibuat berdasarkan keaktifan, jumlah pengguna dan tahap keperluan surau.
Bagaimana laporan projek akan dikongsi?
Kemas kini projek, gambar sebelum dan selepas serta perkembangan lokasi akan dikongsi dari semasa ke semasa.
Sumbangan Anda Boleh Menghidupkan Semula Keselesaan Sebuah Surau.
Dengan sumbangan serendah RM10, anda telah menjadi sebahagian daripada usaha memuliakan rumah Allah dan memudahkan ibadah masyarakat.
Untuk Sumbang terus ke Akaun Maybank :

MAYBANK
PERTUBUHAN KOMUNITI DAKWAH DAN TARBIAH
5686 2103 7401
Reference : Surau
Pertanyaan: 011-56751448 (Cik Amalina)