Masyarakat di sini semuanya beragama Islam semakin terabai daripada keperluan utama mereka, ilmu agama.
Tinjauan kami ke masyarakat ini, mereka sangat-sangat memerlukan sosok pembimbing dan kemudahan pelajaran terutama kepada kanak-kanak dan remaja.
Rata-rata mereka yang berlatarbelakangkan nelayan adakalnya ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Apatah lagi apabila musim air pasang dan angin monsun tiba.
Dengan kemudahan pendidikan dan kesihatan yang amat terhad disini, mereka juga impikan kehidupan yang sama seperti kebanyakan antara kita.
Di satu slot, kami adakan aktiviti art drawing di mana anak-anak ini melukis beberapa lukisan menggunakan crayon.
Namun, sedikit sebak apabila kami mengetahui rata-rata anak ini tidak mengenal crayon.
Anak-anak ini amat teruja dengan aktiviti ini, dan mengizinkan kehidupan yang lebih indah.
Firman Allah SWT:
“Sungguh, Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya.” Dan apa saja yang kamu infakkan, Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik. [QS Saba, 39]
Penama : PERTUBUHAN KOMUNITI DAKWAH DAN TARBIAH
No. Akaun : 568621037401