
اَللّهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَان
AYUH MELATIH DIRI KITA BERINFAQ DARI BULAN REJAB
Assalamualaikum sahabat-sahabat, tuan-puan yang disayangi Allah SWT
Tinggal sebulan sahaja lagi kita akan menemui bulan Ramadhan. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam, bulan mulia serta bulan pengampunan.
Kami dari komuniti Tarbiah Sentap akan mengadakan kempen sempena menyambut bulan Ramadhan yang akan datang iaitu KEMPEN RAMADHAN TERBAIKKU.
Oleh itu, kami ingin mengajak sahabat-sahabat yang dikasihi Allah swt untuk sama-sama kita berinfaq dalam KEMPEN RAMADHAN TERBAIKKU dari bulan Rejab ini bagi menaja makanan berbuka puasa utk golongan asnaf dan fakir miskin, mahasiswa terjejas, iftar di surau-surau pedalaman, serta bantuan Ramadan dan Aidilfitri kepada golongan fakir miskin.
Allah swt berfirman:
“Dan apa saja yang kamu infakkan, Allah akan menggantinya dan Dia-lah Pemberi rizki yang terbaik” [Saba, 34 : 39]
Ayuh melatih diri kita untuk berbuat kebaikan terutamanya BERINFAQ pada bulan Rejab kerana banyak kelebihan dalam beramal soleh dalam bulan ini antara salah satunya dengan memeriahkan kempen RAMADHAN TERBAIKKU ini. Jangan lepaskan peluang untuk gandakan amalan Berinfaq. KIta tidak tak tahu adakah ini bulan ramadan terakhir untuk kita.
Mudah-mudahan sedikit usaha kita ini menjadi asbab kita dimasukkan ke syurga. Aamiin.
Ikhlas dari,
Ustaz Adnin Roslan

Ramadan merupakan bulan tarbiah (syahrul tarbiah) yang mendidik diri manusia agar menjadi lebih baik dari sebelumnya. Bersedekah adalah antara amalan Rasulullah yang paling disukai sewaktu Ramadan. Sedar atau tidak, bersedekah mendidik jiwa agar mempunyai kasih sayang, empati kepada manusia lain selain menghakis sifat kedekut dan tamak.
Justeru kempen ini mempunyai dua objektif iaitu mendidik jiwa penderma dan membantu golongan memerlukan. Alangkah indahnya apabila kita menikmati perubahan diri hasil dari tarbiah Ramadan disamping mendapat pahala bersedekah yang Allah janjikan ganjaran berlipat ganda.
Kemana dana yang terkumpul ini akan disalurkan?
Dana akan disalurkan kepada tajaan infaq, hadiah ramadan dan Hari Raya serta program kerohanian untuk golongan sasar seperti fakir miskin di Malaysia, mahasiswa universiti (fisabilillah), surau, masjid, tahfiz, rumah anak yatim dan rumah pemulihan akhlak. Sebahagian kecil dana ini juga akan digunakan untuk kos operasi program yang akan diadakan di seluruh Malaysia.
Ayuh kita ceriakan Ramadan mereka dengan sedikit hadiah dan tajaan iftar. Semoga usaha kecil kita ini melengkapkan tarbiah Ramadan dan seterusnya menjadikan Ramadan ini Ramadan Terbaik kita! Amin.