INFAQ 10 MALAM TERAKHIR LAILATUL QADAR, REBUT PELUANG RAIH PAHALA UMPAMA IBADAH 1000 BULAN






Alhamdulillah, Allah telah memilih kita semua untuk berada dalam 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Ramadhan bulan pengampunan, hanya datang sekali sahaja dalam setahun, ia cepat datang dan cepat pergi. Jadi jom kita bersihkan jiwa kita dengan amal-amal yang soleh dan berinfaq. 


Kami dari Komuniti Tarbiah Sentap sedang mengadakan KEMPEN RAMADHAN TERBAIKKU secara besar-besaran. Ramadhan Terbaikku ini adalah untuk mendidik jiwa sahabat-sahabat sekalian untuk menderma sekaligus dapat membantu golongan yang memerlukan. 


Allah berfirman:

"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang bertakwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara baik."

[Ali-Imran: 133-134]



Mudah-mudahan sedikit usaha kita ini menjadi asbab kita dimasukkan ke syurga. Aamiin.

Ikhlas dari,

Ustaz Adnin Roslan



KEMPEN RAMADAN TERBAIKKU

Apa itu Kempen Ramadan Terbaikku?

Ramadan merupakan bulan tarbiah (syahrul tarbiah) yang mendidik diri manusia agar menjadi lebih baik dari sebelumnya. Bersedekah adalah antara amalan Rasulullah yang paling disukai sewaktu Ramadan. Sedar atau tidak, bersedekah mendidik jiwa agar mempunyai kasih sayang, empati kepada manusia lain selain menghakis sifat kedekut dan tamak.


Justeru kempen ini mempunyai dua objektif iaitu mendidik jiwa penderma dan membantu golongan memerlukan. Alangkah indahnya apabila kita menikmati perubahan diri hasil dari tarbiah Ramadan disamping mendapat pahala bersedekah yang Allah janjikan ganjaran berlipat ganda.


Kemana dana yang terkumpul ini akan disalurkan?



Dana akan disalurkan kepada tajaan infaq, hadiah ramadan dan Hari Raya serta program kerohanian untuk golongan sasar seperti fakir miskin di Malaysia, mahasiswa universiti (fisabilillah), surau, masjid, tahfiz, rumah anak yatim dan rumah pemulihan akhlak. Sebahagian kecil dana ini juga akan digunakan untuk kos operasi program yang akan diadakan di seluruh Malaysia. 






Ayuh kita ceriakan Ramadan mereka dengan sedikit hadiah dan tajaan iftar. Semoga usaha kecil kita ini melengkapkan tarbiah Ramadan dan seterusnya menjadikan Ramadan ini Ramadan Terbaik kita! Amin.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Infaq RM500
Infaq RM300
Infaq RM100
Infaq RM50
Infaq RM 20
Infaq RM 10
Seikhlas hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN