"Ya Allah, ampunkan dosaku, sucikan hartaku, lapangkan dadaku dan

jadikanlah Ramadhan tahun ini Ramadhan Terbaikku.."






Alhamdulillah, sudah tiba bulan mulia iaitu bulan Ramadan. Bulan yang penuh dengan pengampunan dan ganjaran namun datang sekali setahun. Jangan menangguh lagi, jom bersihkan jiwa dan tambah amal kita dengan amalan yang menguntungkan saham akhirat dengan berinfaq.


Kami di Komuniti Dakwah Tarbiah sedang mengadakan kempen Ramadhan Terbaikku. Di bulan Ramadhan inilah masa yang terbaik bagi mendidik jiwa kita semua untuk mula menambahkan amal dengan bersedekah sekaligus dapat membantu sahabat-sahabat yang memerlukan.




Allah berfirman:

"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang bertakwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara baik."

[Ali-Imran: 133-134]



KEMPEN RAMADAN TERBAIKKU

Ramadan merupakan bulan tarbiah (syahrul tarbiah) yang mendidik diri manusia agar menjadi lebih baik dari sebelumnya. Bersedekah adalah antara amalan Rasulullah yang paling disukai sewaktu Ramadan. Sedar atau tidak, bersedekah mendidik jiwa agar mempunyai kasih sayang, empati kepada manusia lain selain  menghakis sifat kedekut dan tamak.


Justeru kempen ini mempunyai dua objektif iaitu mendidik jiwa penderma dan membantu golongan yang memerlukan. Alangkah indahnya apabila kita menikmati perubahan diri hasil dari tarbiah Ramadan disamping mendapat pahala bersedekah yang Allah janjikan berlipat kali ganda. 





SASARAN TAJAAN

Dana akan disalurkan kepada tajaan infaq, hadiah Ramadan dan Aidulfitri fokus kepada kegolongan sasar seperti asnaf & fakir miskin, mahasiswa dan pusat pemulihan remaja, wanita, dadah, mental dan hiv (Ar Riqab). Sebahagian kecil dana ini juga akan digunakan untuk kos operasi program yang akan diadakan di seluruh Malaysia. 



Ayuh kita ceriakan Ramadan mereka dengan sedikit hadiah dan tajaan iftar. Semoga usaha kecil ini melengkapkan tarbiah Ramadan dan seterusnya menjadikan Ramadan ini Ramadan Terbaik kita! Amin.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Pakej 1 - Ramadan Terbaikku : RM 1,000
Pakej 2 - Bakul Kasih Saudaraku : RM 100
Pakej 3 - Tajaan Kelas Quran Asnaf & Anak Yatim : RM 60
Pakej 4 - Tajaan Iftar Asnaf & Anak Yatim : RM 30
Pakej 5 - Program Dakwah Remaja : RM 10
Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel marketing.komunitidakwahtarbiah@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaPERTUBUHAN KOMUNITI DAKWAH DAN TARBIAH
No. Akaun568621037401
Buka Maybank2u