MANFAATKAN HARTA KE JALAN ALLAH- BERKONGSI BERSAMA HINGGA SYURGA


Kempen #INFAQTERBAIKKU memberi PELUANG KEEMASAN kepada semua untuk bersama-sama berINFAQ untuk KOMUNITI TARBIAH SENTAP. 


BANTU KAMI MENAJA JELAJAH DAKWAH SEKOLAH.


Komuniti Tarbiah Sentap kini dalam usaha mengumpul dana bagi Jelajah Dakwah Sekolah bagi yang tujuan untuk melahirkan remaja yang tinggi akhlak dan dapat membuat keputusan berdasarkan jalan agama islam.

Selain itu, untuk menyedarkan dan memperkenalkan budaya sebenar islam. 



BANTU KAMI MENAJA KELAS QURAN BUAT SEMUA KANAK-KANAK, REMAJA DAN BELIA YANG TIDAK BERPELUANG BELAJAR ALQURAN DAN FARDU AIN.




Komuniti Tarbiah Sentap kini dalam usaha mengumpul dana bagi kelas bimbingan KAFA dimana melibatkan kelas Al-Quran, dan kelas bimbingan untuk fardu Ain

 

Untuk makluman tuan/puan, kelas ini sekarang telah pun berlangsung di Akademi Mutaabidin Jalan Kebun, Shah Alam dan surau dan masjid di seluruh Malaysia.

 


Ini merupakan satu ikhtiar untuk kita membantu mereka mendapatkan kefahaman islam dan secara langsung membantu dalam menyelesaikan masalah sosial yang semakin tenat ini. 


Bayangkan setiap satu huruf Quran yang mereka baca ada 10 kali ganda pahala buat tuan/puan

Membaca al-Quran itu bukan dikira selepas membaca keseluruhan ayat atau surah, tetapi setiap huruf itu ganjarannya 10 pahala.

Abdullah bin Mas’ud menyatakan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia melakukan satu kebajikan. Dan satu kebajikan itu dilipatgandakan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, melainkan Alif itu satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Sunan Tirmizi)






BANTU KAMI MENAJA ALTERNATIF HIBURAN ISLAMI.


Komuniti Tarbiah Sentap kini dalam usaha mengumpul dana bagi membangun Alternatif Hiburan Islami dimana melibatkan pembangunan hiburan berbentuk ketuhanan, sirah dan sebagainya yang memenuhi syariat islam. 


Untuk makluman tuan/puan, pendanaan ini secara langsung mampu menaikkan semangat untuk lebih melakukan amal soleh dan jugak keimanan dalam diri


BANTU KAMI MENAJA PROJEK MENGENYANGKAN UMMAH DAN TABUNG KECEMASAN 


Komuniti Tarbiah Sentap kini dalam usaha mengumpul dana bagi Projek Mengenyangkan Ummah Dan Tabung Kecemasan bagi membantu asnaf, mahasiswa dan mereka-mereka yang memerlukan.

Bantuan yang akan diterima mereka adalah seperti pek makanan asasi, bantuan kecemasan dan sebagainya. 


PERCAYA TAK? SUMBANGAN KITA AKAN DIGANTI OLEH ALLAH SWT

Dalam Al-Quran, Allah mengingatkan bahawa setiap apa yang kita sumbangan dalam membantu manusia, Allah akan gantikannya.

Firman Allah SWT:
 “Sungguh, Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya.” Dan apa saja yang kamu infakkan, Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik. [QS Saba, 39]

Oleh itu, Kami ingin mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk sama-sama membantu dan menyokong dalam perjuangan membangunkan TABUNG INFAQ TERBAIKKU untuk sama-sama membantu membangunkan syariah hidup Islam.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Infaq RM500
Infaq RM300
Infaq RM200
Infaq RM100
Infaq RM50
Infaq RM 20
Infaq RM 10
Seikhlas hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN