TARIKH PEMENTASAN
14 FEBRUARI 2025 (JUMAAT) - 8.30 PM
*15 FEBRUARI 2025 (SABTU) - 3.00 PM
15 FEBRUARI 2025 (SABTU) - 8.30 PM
*16 FEBRUARI 2025 (AHAD) - 3.00 PM
16 FEBRUARI 2025 (AHAD) - 8.30 PM
*terbuka membawa anak-anak kecil
TEMPAT
Auditorium Dewan Bahasa Pustaka (DBP), Kuala Lumpur
HARGA TIKET
RM 35/Pax
RM5 akan disumbangkan ke dalam Tabung Bangun Gaza bagi setiap pembelian tiket
Sinopsis Surat Dari Rafah
Aisha dan Maryam merupakan sahabat baik di bumi Palestin. Mereka merupakan pelajar yang bijak dan memiliki Pendidikan yang baik.
Dalam konflik Palestin-Israel melanda, mereka berdua mengambil keputusan yang berbeza dalam menentukan hala tuju kehidupan mereka.
Maryam mengambil keputusan untuk meninggalkan bumi Palestin dan menyambung pelajaran di Malaysia, manakala Aisya memilih untuk kekal tinggal di Palestin berbakti untuk tanah airnya.
Mereka mula berutus surat sebaik sahaja Maryam menjejakkan kaki di Malaysia. Maryam juga berkongsi ilmu dan nota-nota pelajaranya untuk Aisyayang berada di Bumi Palestin. Surat-surat Aisya datang menceritakan situasi yang sedang dihadapinya di bumi Rafah.
Khabar tentang serangan Israel yang menjadi-jadi dan Rafah akan menjadi tempat paling selamat untuk rakyat Palestin. Aisya mula menceritakan
mereka di Rafah sedang bersedia menyambut kedatangan saudara mereka yang lain yang di usir Israel dari Jabalia, Khan Yunis dan Deir Al Balah.
Surat-surat Aisya jelas semakin penuh dengan rasa cemas dengan keadaan yang semakin kucar kacir apabila Israel semakin mengganas dan membunuh tanpa ihsan.
Aisya menceritakan bagaimana keadaan semakin padat. Dia yang bertugas di hospital membantu doktor-doktor di hospital Rafah, semakin hari semakin padat dan menyayat hati.
Dalam utusan terakhir Aisya buat Maryam, Aisya menyatakan Israel kini mula menyerang Rafah. Dia merasakan surat ini surat terakhir. Aisya meminta Maryam terus mendoakan mereka di bumi Rafah.
Maryam terkelu membaca utusan terakhir Aisya. Dia tahu, sahabatnya mungkin sudah tiada di dunia ini. Surat yang datang dalam debu-debu bumi Rafah membuatkan Maryam semakin nekad ingin membantu menjadi suara anak Palestin untuk mencapai kemerdekaan buat Palestin.