Rayuan Sumbangan Untuk Mangsa-Mangsa Bencana Alam
Bagi Meneruskan Kehidupan
700 Buah Rumah Habis Dijilat Api
Baru-baru ini, kita dikhabarkan dengan berita sedih, dimana sebanyak 700 buah rumah saudara-saudara kita di Tawau, Sabah musnah dijilat api. Allahu akbar !! Sayu hati
'' Kami hanya perlukan zink , kayu-kayu kami boleh cari sendiri'- mangsa kebakaran
Tidakkah sahabat-sahabat sekalian berasa sedih , apabila mereka hanya meminta untuk diberikan zink sahaja, bukan makanan, bukan pakaian bahkan bukan juga harta. Alhamdulilah, tiada kehilangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran yang dahsyat ini.
Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul
Begitulah nasib seramai 1338 mangsa kebakaran yang direkodkan telah terjejas dengan bencana yang berlaku ini. Sudah pastinya, beban yang mereka tanggung sekarang amat-amatlah berat, dan sukar untuk teruskan kehidupan. Mereka tidak ada tempat berteduh seperti kita sekarang ini wahai sahabat sekalian.


Sabda Rasulullah:
وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)
Ayuhlah kita bantu saudara-saudara kita yang dalam kesusahan, In shaa Allah sumbangan anda akan peroleh keberkatan dariNya.