Rayuan Sumbangan Untuk Mangsa-Mangsa Bencana Alam

Bagi Meneruskan Kehidupan 



700 Buah Rumah Habis Dijilat Api 

Baru-baru ini, kita dikhabarkan dengan berita sedih, dimana sebanyak 700 buah rumah saudara-saudara kita di Tawau, Sabah musnah dijilat api. Allahu akbar !! Sayu hati

'' Kami hanya perlukan zink , kayu-kayu kami boleh cari sendiri'- mangsa kebakaran

Tidakkah sahabat-sahabat sekalian berasa sedih , apabila mereka hanya meminta untuk diberikan zink sahaja, bukan makanan, bukan pakaian bahkan bukan juga harta. Alhamdulilah, tiada kehilangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran yang dahsyat ini. 




Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memiku
Begitulah nasib seramai 1338 mangsa kebakaran yang direkodkan telah terjejas dengan bencana yang berlaku ini. Sudah pastinya, beban yang mereka tanggung sekarang amat-amatlah berat, dan sukar untuk teruskan kehidupan. Mereka tidak ada tempat berteduh seperti kita sekarang ini wahai sahabat sekalian. 


Beginilah keadaan semasa kebakaran berlaku, kedudukan rumah atas air yang sangat rapat mengakibatkan lebih 700 buah rumah musnah dalam sekelip mata. 



Jadi, kami dari Komuniti Tarbiah Sentap ingin mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk sama-sama ringkan beban dan penderitaan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa yang terjejas, dengan memberi sumbangan kepada mereka. 

Sabda Rasulullah:

وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)

Ayuhlah kita bantu saudara-saudara kita yang dalam kesusahan, In shaa Allah sumbangan anda akan peroleh keberkatan dariNya. 





Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Seikhlas hati
Infaq RM50
Infaq RM100
Infaq RM200
Infaq RM300
Infaq RM500
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN